Isnin, 29 Disember 2008

Cari makna baru Hijrah

Sebagai junjungan besar yang sentiasa diagungkan oleh umat Islam, segala detik peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW sentiasa dianggap penting dan bermakna oleh masyarakat Islam. Nabi Muhammad, bagi mereka, bukan manusia biasa yang boleh diletakkan beriringan dengan sosok-sosok lain dalam sejarah kemanusiaan.

Baginda merupakan, Rasul Junjungan dan Insan Kamil yang diutus Tuhan bagi menzahirkan kesempurnaan sifat akhlak seseorang insan. Baginda merupakan manusia yang paling tinggi martabat kerohaniannya dan yang paling di sayangi Tuhan.

Walaupun baginda seperti manusia lain, hadir dalam latar lingkungan sejarah dan geografi tertentu, peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan baginda tetap mengungkapkan pengajaran sejagat yang sentiasa abadi dan segar kepada diri setiap Muslim.

Begitu juga dengan peristiwa hijrah yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Secara historis, ia merupakan detik perpindahan dakwah Nabi dari peringkat pertama di Mekah yang penuh dengan mihnah pesona serta cabaran yang amat mencengkam ke tahap mengancam nyawa baginda sendiri, ke peringkat yang kedua di Madinah yang lebih meluas ruang dakwahnya serta menjanjikan cahaya kemenangan.

Daripada segi pensyariatan agama, ia merupakan dasawarsa baru dalam pelaksanaan undang-undang agama yang lebih berasaskan muamalah dan kemasyarakatan berbanding peringkat Mekah yang lebih tertumpu kepada pengukuhan akidah dan pandangan alam Islam.

Namun di sebalik dimensi historis yang selalu diulang sama ada dalam pengajian sirah atau siri-siri ceramah Maal Hijrah, peristiwa ini sesungguhnya menyampaikan kita kepada beberapa pengajaran yang lebih mendalam dan amat terkait untuk kehidupan kita sekarang.

Antara hikmah penting di sebalik peristiwa hijrah yang harus diteladani terutama oleh umat Islam zaman ini yang berhadapan dengan pelbagai fitnah dan cabaran ialah gambaran sikap realistik dan kebijaksanaan Nabi apabila berhadapan dengan cabaran dan ancaman semasa.

Di samping hakikat bahawa Nabi Muhammad merupakan insan terpilih dan yang terbaik di kalangan seluruh makhluk Allah, insan yang mustajab doa-doanya dan dikurnia mukjizat dari Tuhan, kehidupan Nabi juga seperti kehidupan manusia yang lain, menuruti sunnatullah yang tidak lari daripada cabaran dan pedih getir kehidupan.

Dengan perkataan lain, kehidupan Nabi juga terikat dengan batasan manusiawi yang terpaksa melalui pelbagai ranjau perjuangan hidup. Inilah yang terjelma antara lain daripada peristiwa hijrah Nabi apabila sunnatullah mengajar bahawa golongan yang lemah walaupun benar amat sukar mengalahkan golongan yang lebih kuat terutama yang mempunyai persediaan.

Sebagai golongan yang baru muncul dan mempunyai jumlah yang kecil dan persiapan yang kurang, tekanan dan ancaman yang ditujukan oleh golongan Musyrikin di Mekah ternyata terlalu kuat untuk dihadapi oleh Nabi dan golongan Muslimin yang ada pada ketika itu.

Justeru perpindahan dari Kota Mekah bagi menyelamatkan golongan Muslimin tidak dapat dielakkan. Nabi perlu mencari ruang dan kekuatan baru ke Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan agama Islam.

Apakah noktah pengajaran yang dapat diambil oleh masyarakat Islam sekarang daripada hakikat hijrah Nabi ini? Sekiranya Nabi, insan terpilih yang dikurniakan Allah pelbagai bentuk mukjizat itu sendiri menyedari hakikat bahawa baginda harus bertindak berdasarkan waqi' semasa, berdasarkan kekuatan dan kelemahan manusiawi yang ada, umat Islam dewasa ini sudah pasti harus lebih menyedari mengenai waqi' kehidupan yang melingkungi mereka.

Secara umumnya, masyarakat Islam sememangnya berada dalam keadaan yang lemah baik dari segi kekuatan fizikal, ketenteraan ataupun kekayaan ekonomi. Malah dari segi kesatuan, mereka agak tertinggal berbanding masyarakat lain terutama negara-negara Barat.

Akan tetapi terdapat sekelompok dari masyarakat Islam yang nampaknya yang gagal menyedari hakikat ini lantas bertindak seolah-seolah mereka berada dalam keadaan yang kuat. Mereka mengambil tindakan di luar batasan waqi' semasa yang ada pada masyarakat Islam. Ini merujuk kepada tindakan sekelompok yang melakukan tindakan mengebom dan menculik serta membunuh yang melibat manusia tidak berdosa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kita tidak menafikan bahawa sebahagian peristiwa tersebut adalah tindak balas daripada segelintir orang Islam terhadap tindakan politik yang dilakukan oleh kuasa besar ke atas beberapa negara Islam atau merupakan perencanaan oleh pihak-pihak tertentu.

Namun cara bertindak yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan masyarakat Islam secara keseluruhannya terutama apabila dilihat dari sudut kekuatan umat Islam dan kesediaan mereka menghadapi tindakan balas sekiranya berlaku.

Mengundang

Kita melihat sebahagian besar daripada tindakan sebegini sekadar mengundang tindakan balas yang lebih keras dan buruk kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah kita lihat berlaku di Afghanistan, Iraq dan negara Islam lain. Yang penting ia juga menggambarkan kerangka pemikiran yang ekstrem hasil daripada kekeliruan tentang ajaran Islam.

Di sinilah pentingnya pengajaran peristiwa hijrah yang merakamkan bahawa Nabi sendiri bertindak berdasarkan kekuatan dan kemampuan yang ada apabila baginda mengambil keputusan untuk melakukan hijrah. Dengan perkataan lain, peristiwa hijrah memberi iktibar bahawa kita harus mengumpul kekuatan dan tidak bertindak menzahirkan kekuatan sebelum masanya, apatah lagi bertindak di luar kebijaksanaan. Sesungguhnya inilah antara makna hijrah yang baru yang harus kita manfaatkan untuk suasana kita dewasa ini.

Dengan menyedari bahawa umat Islam berada dalam keadaan yang lemah, bukan bermakna kita pasrah dengan keadaan yang ada. Di samping ingatan bahawa umat Islam harus terus memperbaiki kelemahan mereka dan mempersiapkan kekuatan fizikal sebagaimana yang disaran al-Quran, seperkara yang juga penting ialah kekuatan Islam sebenarnya masih boleh dijelmakan dalam pelbagai dimensi lain. Misalnya umat Islam masih kuat dan kukuh dari segi kepercayaan agama dan akhlakiyah terutama dalam menolak faham-faham yang bertentangan dengan agama.

Berbanding dengan Islam, sebahagian agama lain misalnya, telah pun berkompromi dan mengorbankan doktrin agama mereka dengan membuka pintu kepada kemasukan aliran-aliran asing seperti sekularisme dan sinkretisme. Disebabkan kelemahan sistem kepercayaan mereka, agama-agama tersebut telah merubah dasar-dasar agama dan kepercayaan mereka bersesuaian dengan ideologi-ideologi tersebut.

Namun agama Islam, berkat kekuatan pendidikan agama dan pertahanan ilmiah yang dilakukan oleh golongan ilmuwan Islam sepanjang zaman, ia masih kukuh bertahan daripada ancaman aliran-aliran pemikiran asing.

Kekuatan yang pada agama Islam ini harus dipertahankan dan diperkukuhkan melalui pendidikan yang betul tanpa semestinya melibatkan penzahiran dari segi kekuatan fizikal dan ketenteraan. Malah, dari segi strategi, sememangnya umat Islam dalam keadaan mereka lemah fizikal, seharusnya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan aspek keilmuan dan pendidikan ini.

Ia juga merupakan satu jihad yang besar dan harus dilakukan dengan menggunakan usaha yang kuat dan serius. Malah, ia juga satu bentuk peperangan yang melibatkan persediaan kekuatan dari segi intelektual dan keilmuan.

Sekiranya kita prihatin terhadap pembunuhan dan serangan yang berlaku ke atas negara-negara Islam oleh kuasa Barat, kita juga harus lebih prihatin terhadap serangan pemikiran asing yang telah 'mengorbankan' dan mengelirukan jutaan masyarakat Islam.

Peperangan inilah yang nampaknya banyak dilupakan oleh sebahagian masyarakat Islam apabila kerangka berfikir mereka amat tertumpu kepada penyelesaian dari aspek siasah dan ketenteraan. Malah jika ditinjau dari segi sejarah, aspek inilah yang menjadi asas kepada pembinaan tamadun. Zat kepada kekuatan Islam, dengan kata lain ialah kekuatan kepercayaan dan keilmuan.

Mungkin ini merupakan salah satu makna dan rahsia hijrah yang harus diingatkan kepada masyarakat Islam. Hijrah bukan sekadar berpindah dari satu suasana kepada suasana yang baru, tetapi juga mengembalikan diri kita kepada suasana yang kita telah pun berada sebelumnya. Jika sebelum ini kekuatan tamadun Islam terletak kepada kekuatan iman dan ilmu, marilah kita berusaha berhijrah dengan mengembalikan kekuatan tersebut kepada umat Islam.

Selasa, 16 Disember 2008

ibadah


CommentEstate.com | Friendster Comments

Watch Naruto-Chicken Recipes-Computer Geeks

Yahudi mahu orang Islam jadi kafir

MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya orang Islam menjadi kafir. Antaranya cara hidup mereka yang kita terima dengan terang dan jelas sekali iaitu teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan seumpamanya, Jika dikaji teori-teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani.

Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya.

Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar. Memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul.

Kalau ditanya mengapa tidak mahu ikut Islam? Mereka menjawab Islam tidak boleh dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang. Kenyataan itu serupa dengan apa yang disebut di dalam ayat al-Quran.

Kepada ahli kitab pada zaman Nabi, Allah memerintahkan supaya memaafkan mereka dan membiarkan mereka sehingga Allah Taala mendatangkan perintah-Nya sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maksud ayat 109 surah al-Baqarah.

Ayat memaafkan mereka dimansukhkan hukumnya. Kalau kita lihat Allah menyatakan di dalam ayat itu � �Sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya.� Apakah perintah-Nya? Perintah-Nya ialah firman Allah Taala dalam ayat 29 surah at-Taubah, maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani." Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menceritakan tentang kesesatan Yahudi dan Nasrani serta kebingungan mereka di mana di antara kesesatan dan kejahatan mereka antara lain ialah mereka berkata bahawa tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi. Ertinya selain Yahudi, tidak akan boleh sama sama sekali memasuki syurga Allah SWT.

Nukilan daripada buku 'Usaha jahat Yahudi' Kuliyyah Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, halaman 1317 bab 124. _

Ambillah Islam Seluruhnya

Setiap sistem mempunyai falsafah dan gagasannya tentang kehidupan. Setiap sistem mempunyai masalah-masalah yang timbul dari penerapannya dan mempunyai persoalan-persoalan yang sesuai dengan watak dan pengaruhnya di alam nyata. Demikian pula setiap sistem mempunyai penyelesaian-penyelesaian untuk menghadapi persoalan dan masalah yang timbul dari watak dan metodologinya.
Jadi tidak munasabah, dan juga tidak adil, sekiranya dari suatu sistem tertentu diminta penyelesaian dari masalah-masalah yang tidak ditimbulkannya sendiri, tetapi ditimbulkan oleh suatu sistem lain yang berbeza watak dan metodologinya dari sistem itu. Pemikiran yang rasional akan berpendapat: Siapa yang bermaksud minta pendapat suatu sistem tertentu dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan, maka sistem ini harus dilaksanakan terlebih dahulu dalam kenyataan hidup. Lalu setelah itu baru dilihat apakah masalah-masalah itu masih ada atau menghilang, atau berubah bentuk dan unsurnya. Hanya di saat inilah kita mungkin meminta pendapat sistem ini mengenai persoalan-persoalan yang timbul, sewaktu pelaksanaannya.

Islam Suatu Sistem Syumul

Islam adalah suatu sistem kemasyarakatan yang lengkap, yang segi-seginya saling berjalinan dan saling mendukung. Sistem ini berbeza wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara-cara pelaksanaannya dari sistem-sistem Barat, dan dari sistem yang kita pakai sekarang ini. Perbezaan ini adalah perbezaan pokok dan menyeluruh. Sudah pasti bahawa system Islam itu tidak ikut serta dalam menimbulkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam masyarakat sekarang ini. Persoalan-persoalan itu timbul dari watak sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat dan timbul kerana dijauhkannya Islam dari lapangan kehidupan.

Tetapi yang aneh setelah itu, adalah bahawa Islam banyak sekali diminta pendapat mengenai persoalan-persoalan itu. Islam diminta untuk mengemukakan penyelesaiannya. Ia diminta untuk mengeluarkan pendapat tentang masalah yang tidak ditimbulkannya, dan ia tidak ikut serta dalam menimbulkannya. Hairan sekali kenapa Islam diminta pendapatnya, dalam suatu negara di mana sistem Islam itu tidak dilaksanakan, mengenai masalah-masalah seperti “Wanita dan Kerja”, “Wanita dan Pergaulan Bebas”, Masalah Seks Para Pemuda” dan lain-lain sebagainya. Orang-orang yang minta agar Islam mengeluarkan pendapatnya dalam masalah ini adalah orang-orang yang tidak suka kalau Islam itu memerintah, malah mereka takut sekali untuk membayangkan saat kalau kalau pemerintah Islam itu datang.

Dan yang lebih aneh lagi daripada pertanyaan-pertanyaan itu adalah jawapan-jawapan yang diberikan para ulama Islam, dan kesediaan mereka untuk ikut serta dengan para penanya itu dalam perdebatan tentang pendapat Islam dan hukum Islam, dalam perincian-perincian masalah seperti itu, dalam membahas persoalan-persoalan seperti itu, dalam suatu negara yang tidak diperintah oleh Islam dan sistem Islam tidak di laksanakan.

Apakah urusan Islam dengan masalah wanita dan pemuda bergaul bebas atau tidak? Apakah urusan Islam dengan masalah apakah wanita boleh bekerja di luaran atau tidak? Apa hubungan Islam dengan suatu persoalan dan persoalan-persoalan yang dipunyai sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat ini, yang tidak percaya kepada Islam, dan tidak suka kepada pemerintah Islam?

Selasa, 25 November 2008

Pemimpin Umno pewaris Nabi?

DALAM terlalu banyak serangan Umno, rupanya kita tertinggal untuk respon satu artikel oleh Dr Muhamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor bertajuk "Pemimpin PAS bukan kalangan pewaris Anbiya."

Walaupun berkelulusan doktor gigi dari Universiti Malaya, beliau telah diberikan amanah mempengerusikan Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Suka atau tidak suka, beliau terpaksalah bertutur dalam imej ahli agama. Oleh kerana tajuk serangan ini mengisahkan cerita pemimpin PAS yang dianggap bukan pewaris Nabi, maka saya masuk terus jugalah kepada tajuk:

1) "Apakah dengan memiliki sekeping ijazah, seseorang itu layak digelar ulama."

Pertanyaan Dr Khir inipun sudah menampakkan kekeliruan. Ijazah cuma kriteria asas keperluan semasa. Di zaman Nabi S.A.W., soal ijazah tidak timbul. Bagaimanapun, dalam dunia sekarang, ia penting. Sekurang-kurangnya ijazah itu mengesahkan yang seseorang itu pernah menjalani satu kursus intensif keilmuan dalam Islam secara berstruktur di sesebuah institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Jika Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak boleh menggunakan 'playar' untuk mencabut gigi orang sesuka hati, sebegitulah juga tidak bolehnya seorang 'dentist' untuk bertutur mengenai Islam sekehendak hatinya. Segala sesuatu ada disiplinnya. Bekas Presiden PAS yang lalu adalah seorang ulama.

Pemangku Presiden PAS yang ada sekarang ini pun seorang yang amat berkelulusan di bidang agama. Tok Guru Haji Hadi misalnya berkelulusan sarjana di bidang Siasah Syariah dari Universiti Al Azhar, manakala beliau juga memiliki ijazah pertama dari Universiti Madinah di bidang Syariah.

Apa kurangnya juga dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mempunyai Ijazah dari Universiti Deoban dan mengakhiri pengajian sarjananya di Universiti Al-Azhar. Di sini, jika bolehlah saya bertanya, agaknya apa pulalah kelulusan agama orang nombor satu dalam Umno sehingga beliau seolah-olah memiliki lesen besar untuk mempersoalkan hampir semua ulama?

Sepatutnya yang lebih mustahak disentuh oleh Dr Khir jika pun mahu bercakap mengenai ulama ialah amalan. Ulama mendapat keistimewaan melalui pengesahan lidah Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris Baginda semata-mata kerana beristiqamah meneruskan risalah perjuangan Baginda.

Yang halal dihalalkan manakala yang haram diharamkan. Soal kelayakan sama ada berijazah atau tidak tidaklah sangat menjadi keutamaan. Inilah pun yang selalu membezakan antara pemimpin dan ulama Umno dengan pemimpin dan ulama dari PAS.

Mengenai dua daripada tiga Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS tidak layak digelar ulama pun tidak timbul. Yang penting ialah haluan perjuangan PAS ditentukan oleh ulama.

Yang pastinya semua pemimpin di segenap peringkat menerima teraju yang dipimpin oleh ulama. Semua peringkat dalam jentera parti PAS bergerak dalam satu kesatuan fikrah, matlamat, kesimpulan dan tindakan untuk memartabatkan Islam dalam segenap segi melalui panduan Al Quran, Hadith, Ijma' dan Qias.

Inilah pula yang kita sebutkan sebagai 'Kepimpinan Ulama'. Bukankah ini jelas? Soalan Dr Khir yang berbunyi "bagaimana kalau satu hari nanti Presiden PAS bukan berlatar belakang agama", maka ini dipanggil hipotetikal. Kita tidak main soal "kalau". Sekali lagi Dr Khir menampakkan kegopohan.

Saya juga boleh bertanya soalan yang sama jika saya mahu iaitu "apa kata kalau seorang Presiden Umno satu hari nanti mahu memartabatkan Islam di Malaysia dengan hanya menggunakan panduan Al Quran dan Hadith".

Bolehkah beliau diterima? Lagi pun ini soal strategi. PAS ini berstrategi sifatnya. Kita tidak perlu mendedahkan semua. Kita tidak bergerak melainkan dengan strategi.

Menyentuh tentang pengaruh Syiah yang disebutkan oleh beliau sebagai masalah besar dalam PAS, ini fitnah. Untuk makluman beliau, tidak ada seorang pun ulama PAS yang menganut fahaman Syiah. PAS tidak pernah menyifatkan ulamanya sebagai maksum baik secara lisan atau tulisan.

Jika Dr Khir ada bukti, silalah. Jika tiada, saya khuatir yang beliau boleh disaman di mahkamah. Kita tengoklah! Perkataan 'ulama tidak pun dijamin masuk syurga', bukan perkara baru. Semua orang tahu! Tanpa Dr Khir beritahupun, semua orang tahu.

2. Islam milik semua, tapi...

Tidak pernah pun sesiapa berkata bahawa Islam itu hanya milik PAS. Ia milik Allah dan milik umat Islam di sepanjang zaman. Ia berhak diperkatakan oleh sesiapa selagi kata-kata itu bersemangatkan dakwah iaitu "sampaikanlah barang sepatah ayat" (maksud Hadith). Berkata-katalah selagi boleh menyampai dan menyuburkan agama Allah S.W.T.

Bagaimanapun, jika berkata-kata mengenai Islam sehingga boleh memfitnah agama sendiri maka lebih baik diam. Islam ini diturunkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Ertinya sesiapa jua yang berhasrat untuk mengupas dan membedah ilmu Islam dengan lebih serius maka dia memerlukan ilmu tambahan.

Di sinilah letaknya satu lagi lapis syarat yakni berilmu. Ayat pertama, Iqra' yang menggesa umat manusia membaca adalah isyarat awal tentang kemestian menuntut ilmu. Jika tidak mempunyainya, cari! Jika sedang belajar, buatlah cara seperti orang yang sedang belajar.

Islam ini kan luas. Sebagai analogi, semua pengguna motosikal boleh memperkatakan tentang motosikal. Bagaimanapun, tidak semua pengguna pula berkepakaran untuk membuka enjinnya.

Apa lagilah jika enjinnya mahu diubahsuai dan ditafsirkan semula kegunaannya. Hanya mekanik sahaja yang boleh berbuat demikian. Pendek kata, jika kita cuma bertaraf "user" maka "behave yourself as a normal user". Jika tidak, tuan akan ditertawakan; tidak di depan, di belakang.

Pemimpin Umno dengan Islam pun demikian. Jika nak bercakap logik, logikkah seorang yang berkelulusan pergigian atau perubatan cuba menunjukkan kepakaran di bidang ilmu Islam yang sangat kritikal hingga sampai berani mempersoalkan kesahihan dan kreadibiliti empat Imam Besar iaitu Hanafi, Hambali, Shafei dan Maliki serta 12 Imam Syiah atau ulama-ulama sezaman semata-mata di atas hujah yang semua manusia tidak maksum.

Memang tiada khilaf pun akan tidak maksumnya semua orang kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Hingga sampai ke hari kiamat pun begitulah. Soalnya, semaksum mana pula si tukang kritik? Apa jaminan umat Islam bahawa tafsiran semula Al Quran oleh ulama dan pemimpin Umno akan lebih baik dan menepati kehendak Islam.

Umno sesungguhnya sedang menggali kuburnya sendiri! Saya menjawab isu ini kerana ia telah disebut dengan panjang lebar dalam ucapan penggulungan Presiden Umno di PWTC pada 21 Jun 2003, di mana Dr Khir Toyo turut dilihat terbongkok-bongkok dan terhingguk-hingguk mengaminkannya.

3. Kemungkinan ulama terbabit dalam politik bukan mencari kebenaran tulen.

Ini cuma kemungkinan. Ini agak-agak Khir sahaja. Bolehkah Dr Khir sahkan bahawa Nabi kita Muhammad S.A.W. itu tidak berpolitik. Jika baginda berpolitik, Baginda tidak lagi objektif dalam mencari kebenaran yang tulen? Begitu? Baginda mungkin menyampaikan Islam kerana mahu menjadi pemimpin besar di Kota Mekah! Begitulah agaknya jika mengikut logik Dr Khir.

Sebelum Dr Khir berkata begitu, malangnya Abu Lahab, Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin Qurisy di zaman Nabi pernah meniupkan keraguan yang semacam ini. Sekali lagi, kebijaksanaan Khir berada dalam 'bahaya'. Ia hampir menyerupai kebimbangan yang pernah disebutkan oleh musuh Nabi di zaman Nabi. Di dalam Sirah, kita dengan mudah boleh bertemu dengan fakta ini.

Demikian juga dengan para sahabat Nabi. Semuanya menjadi ahli politik yang unggul sehingga menduduki kerusi Khalifah atau Perdana Menteri. Semaklah sejarah Khalifah Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Mereka adalah ulama dan mereka juga Perdana Menteri. Demikian juga ulama yang sekali gus berpolitik seperti Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz dan Khalifah Harun Aminul Rashid.

4. Ulama menaikkan gaji sendiri?

Lihatlah bagaimana Dr Khir bermain! Penetapan gaji, gred gaji, elaun dan imbuhan anggota pentadbiran adalah perkara yang terkandung di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 atau disebut juga dengan Akta 237. Ia dipinda dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemakaiannya dilakukan oleh semua kerajaan negeri mengikut kesesuaian dan keupayaan masing-masing.

Dalam konteks menaikkan gaji/elaun, negeri Kelantanlah yang paling akhir membuat semakan dan pelarasan setelah hampir semua kerajaan negeri di bawah Umno/BN melakukannya.

Di Kelantan, kuatkuasanya hanya bermula pada bulan Julai 2002. Perkara ini ada kadarnya. Jika salahlah kita, maka salahlah "Parent Act" yang diluluskan oleh Parlimen itu.

Begitu juga dengan memakai kereta besar. Ini pun sesuatu yang ada peraturan dan telah menjadi norma yang ditetap dan diterima oleh kerajaan Persekutuan. Kita cuma mematuhi arahan Persekutuan. Lagi pun, pemimpin Umno pun sentiasa menegaskan yang penting dalam Islam ialah "substance"?

Jika benarlah begitu, kereta besar itu bukankah sekadar "form" dan "non substance"! Agaknya Dr Khir mengharapkan pemimpin PAS semuanya 'berunta' dan mungkin Menteri Besar Kelantan akan berkeldailah untuk tiba ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Bertolak dari Kota Bharu pada 1 April untuk bermusafir sebelum tiba di Kuala Lumpur pada 1 Mei sebulan berikutnya! "Come on Khir, steadylah!

5. Anak negeri mereka mencari rezeki di negeri-negeri Umno/BN

Ini satu lagi hujah Dr Khir yang cukup bergeliga. Syabas! Mari kita tanya beliau dengan dua soalan di bawah:

i) Tidakkah terdapat 50,000 orang Johor yang menyeberangi Tambak Johor untuk bekerja di Singapura setiap hari. Johor diperintah oleh PAS atau Umno?

ii) Tidakkah semua orang Nabi berhijrah dan berpindah randah. Ambil sahaja Nabi kita S.A.W. dan para sahabat Radhiallahu anhu. Ramai yang tidak tinggal di Madinah. Mereka pernah ke Sind, Rusia, Azerbaijan, atas pelbagai urusan dakwah dan perniagaan. Sejarah mencatatkan yang mereka pernah sampai sejauh ke kaki gunung Alps, tempat yang baru saja diadakan Persidangan Negara-Negara G8 iaitu di Avian.

Apa salahnya orang Kelantan yang keluar lalu memakmurkan negeri lain selain dari berusaha di negeri sendiri? Tidakkah "moving around looking for greener pasture" adalah ciri-ciri budaya sebuah masyarakat yang dinamik?

Jika sejarah orang Melayu selalu berbangga dengan kisah Panglima Awang yang berani merentas lautan hingga sampai ke Madagaskar, kenapa pula Dr Khir memaparkan amalan manusia di Kelantan ini sebagai sesuatu yang menghinakan.

Merantau itu merupakan sebahagian dari cara hidup Islam. Imam Shafie Rahimahullah pernah bersyair mengenai kepentingan bermusafir yang bermaksud:

"Bermusafirlah, pasti engkau memperolehi ganti orang yang engkau berpisah daripadanya dan bersusah payahlah kehidupan yang mulia itu hanya diperolehi dalam bersusah payah engkau akan mengeluarkan mereka dan memperolehi sumber kehidupan memperolehi ilmu, budi pekerti yang mulia dan dapat pula bersahabat dengan orang yang baik."

Allah S.W.T. turut menggesa hambaNya untuk bergerak dan merantau ke serata muka bumi melalui FirmanNya yang bermaksud: "Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." (Surah Al An'aam: Ayat 11)

Siapakah agaknya " orang-orang yang berdusta itu " yang digesa oleh Allah S.W.T untuk diperhatikan? Jika ditoleh sedikit dari sejarah Islam, kita juga akan bertemu dengan fakta yang serupa. Salman berasal dari Farsi. Suhi asalnya dari Rome. Bilal Al Habashi datang dari Habashah.

Nabi S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah dan bermastautin di sana selama 10 tahun dalam mengembangkan Islam sehingga terbentuknya negara Islam Madinah. Baginda lalu kembali semula untuk membuka Kota Mekah.

Semuanya penuh dengan pergerakan, perjalanan dan hijrah. Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Baihaqi adalah Imam-Imam masyhur yang merantau keluar dalam menyebar dan mengembangkan ajaran Islam. Sebab itu Islam membekalkan kemudahan untuk bersembahyang secara Jama' dan Qasar. Sesungguhnya, bergerak dan keluar dari kampung halaman, pendek kata telah menjadi lumrah bagi ciri sebuah bangsa dan budaya yang maju.

Sama juga dengan sejarah dunia. Sir Francis Drake dikatakan manusia kulit putih pertama yang mengelilingi dunia. Walaupun berasal dari Plymouth, England tetapi beliau sempat sampai sejauh Amerika Selatan dengan kapalnya bernama Pelican.

Christopher Columbus pula yang berasal dari Sepanyol pernah merantau ke Kepulauan Bahamas di tahun 1491 dan mengakhiri pelayarannya sejauh Honduras di tahun 1502. Gautama Buddha yang berasal dari utara India mengembara ke serantau alam dan akhirnya mati di satu tempat sejauh Benares dalam usia 80 tahun.

Begitu juga dengan Amerigo Vespucci iaitu seorang berbangsa Itali. Hasil keberanian dan jiwa yang gemar keluar untuk merantau menjadikan beliau dikenali sebagai orang yang pertama menjumpai Kuala Sungai Amazon, Trinidad, Haiti dan Brazil.

Lalu beliau disahkan sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Amerika. Amerika datang dari nama Amerigo, seorang berbangsa Itali. Malah cerita pembukaan Kota Melaka pun bermula dari Parameswara yang berasal dari Temasik. Dalam konteks Sejarah Melayu, kita bertemu pula dengan nama Abdullah Munshi, seorang tokoh pelayaran yang juga sasterawan.

Beliau merantau ke segenap pelusuk Kepulauan Melayu hinggalah ke Kelantan. Hatta, Hang Tuah sekali pun yang menjadi kebanggaan kita merantau jauh dari Melaka ke Pahang, Terengganu dan Siam. Dari sini amat jelas tentang mulianya amalan merantau. Tidak timbul sama sekali soal kehinaan atau faktor tekanan kemiskinan.

Usahkan negeri-negeri yang diperintah oleh orang Umno; anak Kelantan diajar untuk merantau ke serata alam kerana ianya tidak bertentangan dengan Islam. Biarlah dipandang hina oleh Dr Mahathir, Dr Khir Toyo atau lain-lain pemimpin Umno tetapi orang mukmin bukan menuntut pujian dan keredhaan dari seorang manusia atau sesiapa.

Jelas sekali di sini bahawa Dr Khir Toyo sedang bercelaru dalam fikirannya. Soal 'Tuan' mahu menjadi Pengerusi Biro Agama Umno adalah soal tuan tetapi cubalah mendalami sedikit fakta Sejarah Islam dan sejarah dunia sebelum mula bersyarah dan menyerang orang lain di laman web.

Mari kita tumpang sedikit kata-kata cerdik pandai dunia mengenai pengembaraan:

i) "Travelling is almost like talking with men of other countries." - Rene Descartes.

ii) "Travel teaches toleration" - Benjamin Disraeli.

iii) "I have travelled among unknown men In lands beyond the sea Nor, England! Did I know till then What love I bore to thee" - William Woodworth (Lihat "I travelled among unknown men"). Amboi! Cerdiknya Khir Toyo; tak sangka !

Kami sebenarnya tidak adalah nak kisahkan sangat tentang Menteri Besar itu. Lagi pun, ini sebuah negara demokrasi. Hak bersuara menjadi hak kepada sesiapa termasuk Dr Khir dan juga saya. Bagaimanapun, apabila hujah Dr Khir semakin kelihatan tidak berteras malah banyak membawa fitnah kepada khalayak maka terpaksalah beliau diberikan sedikit teguran dan layanan.

Jika keadaan di Selangor sangat beres maka sikap Dr Khir yang cuba berprihatin dengan PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan boleh difahami. Namun, dalam keadaan Selangor sendiri yang sedang berdepan dengan pelbagai isu yang sangat memalukan, sikap "over critical" beliau tentunya dirasai kejanggalannya. Kita ragui keikhlasan beliau.

6. Dakwaan tentang salah laku Khir Toyo

Apabila tuduhan-tuduhan melibatkan seorang Menteri Besar yang juga seorang Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Pusat, maka ia adalah serius. Laporan yang dibuat terlalu banyak mengenai beliau. Sepatutnya Dr Khir perlu buktikan yang beliau bersih dari tuduhan-tuduhan ini. Soal kontrak paip airlah, pemberian tanahlah.

Pembinaan jalan bendang yang terlalu mahallah. Soal pengambilan balik tanah di Bangilah, soal Surau Jubli Perak yang diruntuhkanlah. Soal murtad yang tidak terkawallah. Isu rasuah di MPAJlah.

Dan, terkini pula isu pusat pelupusan sampah yang timbul melibatkan lebih 10,000 penduduk yang membantah cadangan projek mega melibatkan penggunaan insinerator yang akan melibatkan belanja melebihi RM1.5 bilion.

Jika difokuskan kes ini, kita akan bertemu dengan fakta yang cukup menakutkan. Kalaupun teknologi ini diambil dari negara Jepun sekali pun, tetapi jangan dilupa bahawa projek ini masih bertaraf "pilot". Dari kajian dan pemerhatian yang telah dibuat, teknologi tajaan Ebara Corporation ini amat tidak mesra pengguna.

Mengikut laporan, Sungai Hakiji di Fujisawa, Jepun sedang mengalami pencemaran yang teruk. Bahan buangan toksid sampah yang dimusnahkan menggunakan teknologi ini didapati mencapai paras 8,100 kali melebihi dari paras yang dibenarkan oleh pihak berkuasa di Jepun.

Menyedari hakikat risiko ini, negara-negara seperti USA, UK, Belgium, Afrika Selatan dan Denmark sedang menghentikan penggunaannya. Isu ini sangat berkepentingan rakyat. Dalam konteks Selangor, ia melibatkan penduduk di Broga, Beranang, Semenyih dan Kajang. Memindahkan penempatannya dari Kampung Bohor, Puchong ke Broga tidak menyelesaikan masalah. Kajian dan laporan EIA yang teliti perlu dilakukan oleh Dr Khir.

Ia tidak boleh ditolakkan ke tepi dengan mudah. Jangan sampai kesihatan dan keselamatan penduduk Selangor dijadikan cagaran. Kalaupun gilakan untung dan mabukkan apa sahaja yang bersifat canggih sekalipun, Dr Khir perlu faham akan kedudukan Semenyih itu sendiri yang telah menjadi kawasan tadahan air tradisional yang sangat strategik.

Bahan sisa buangan dari proses "incineration" yang kemungkinan besar mencemari Sungai Semenyih serta anak-anak sungainya akan pasti menjejaskan kehidupan penduduk di sekitar yang tidak kurang dari dua juta orang di Lembah Klang dan Putrajaya.

Pendeknya, Dr Khir mempunyai terlalu banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan di dalam kelasnya. Tumpukan perhatian kepada "inhouse homework" yang bertimbun-timbun itu.

Risaulah sedikit dengan kehadiran PAS, KeADILan dan DAP setempat yang kelihatan semakin segak dan tampan bergaya. Di bawah kepimpinan Dato' Dr Hassan Ali yang semakin gagah selaku Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, semua rakyat sedang melihat bagaimana Dr Khir Toyo yang kelihatan semakin kaku setiap kali Dewan bersidang.

Di dalam Agenda Daily, Dr Khir nampaknya ghairah pula untuk mencuba nasib di Kerusi Naib Presiden. Dia juga turut dibaca penganalisis sebagai amat bernafsu untuk menduduki Kerusi Ketua Pemuda Umno Pusat menggantikan tempat Hishamuddin. Itu, Dr Khir punya sukalah.

Bagi saya, eloklah Dr Khir menjadi Menteri Besar yang sepenuh masa. Terlalu banyak angin pun tidak baik; banyaklah kosongnya dan banyak pulalah akan sendawanya. Buurgh!

7. Penutup

Di hujung tulisan beliau, Dr Khir lalu dengan bangganya mendakwa yang pengurusan ekonomi kerajaan Umno/BN teramatlah cekap. Patutlah! kadar dividen Tabung Haji dan KWSP sedang berada di paras terendah. Wang di Tabung Haji dan KWSP sudah beberapa kali dikopak. Kes rasuah yang melibatkan kerugian RM18 bilion di Perwaja? KTMB rugi RM100 juta setahunlah. Bina mahligai bernilai RM200 juta? KLIA? Litar Lumba Formula One?

Boleh sama-sama kita diberi maklum tentang status hutang negara? Berapa agaknya?

Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayangpun hilang

Entahkan kenapa. Tiba-tiba saja ingatan saya kembali kepada sebuah lagu lama. Wallahu a'lam.

Cinta


CommentEstate.com | Friendster Comments

Watch Naruto-Chicken Recipes-Computer Geeks

Isnin, 24 November 2008

Ahad, 23 November 2008

Peristiwa Memali 1985

Lokasi
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang beragama dan jelita Datuk Dr Mashitah Ibrahim(2004-2008). Sebelum ini Ahli Parlimen Baling adalah Ustaz Taib Azamuddin bin Mohd Taib daripada PAS (1999-2004).Sekarang,Taiz Azimuddin telah memenangi kembali kawasan ini dengan menewaskan Datuk Azeez,Ketua Putera Umno Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-12.
Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Tayangan Video
Tayangan video dipaparkan menerusi RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah membuat roadshow ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Tujuan Operasi Angkara
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

[sunting] Polis bertindak
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Persediaan di Madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Komando 69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu petikan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Komando 69, dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.

Dunia Islam

Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3-1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia. Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah". Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi Dunia Islam.

Jumaat, 21 November 2008

Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran

Sejak rungutan pasangan suami isteri Micheal O’leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad terhadap penayangan sajak kematian kepada para pelajar sekolah rendah, isu tersebut telah mengundang polemik pro dan kontra. Terdapat pasangan ibu bapa yang beranggapan bahawa video tersebut terlalu ekstrem dan boleh membawa kesan trauma kepada kanak-kanak. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata,

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," [Malaysiakini, 11 Nov 2008]

Sajak yang diselitkan pada sebuah sketsa mayat menghadapi seksaan kubur telah dijadikan bahan pengajaran oleh sesetengah pihak sekolah dengan tujuan untuk mendidik pelajar-pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat.

Amat pelik, akibat rasa tidak senang ibu bapa melihat perubahan kanak-kanak tahap 1 dan 2 setelah menonton video tersebut, Kementerian dengan sepantas kilat mengarahkan penayangan video tersebut dihentikan, Sebaliknya filem-filem seram yang sarat dengan khurafat yang tumbuh bagai cendawan yang ditayangkan di kaca televisyen tidak pula dianggap ekstrem serta meninggalkan kesan trauma.

Inisiatif guru-guru dalam kes ini amat mudah difahami. Generasi yang lahir dari acuan sistem pendidikan sekular semakin hari semakin jauh dari kehidupan Islam. Kes-kes jenayah dan salah laku yang melibatkan para pelajar semakin hari semakin meningkat akibat sistem yang hanya mementingkan pencapaian akademik dan meninggalkan aspek pembentukan syakhsiyah Islam.

Memupuk para pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat, menjadi anak yang patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT dilihat tidak sepenting mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapa akan berbangga apabila anak-anak mereka mendapat 5A walaupun anak-anak itu hakikatnya sering meninggalkan solat atau langsung tidak tahu cara untuk solat. Walhal Allah SWT berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” [TMQ At-Tahrim (66):6]

Hakikatnya, mendidik anak agar patuh kepada segala perintah dan larangan Allah SWT merupakan kewajipan sang ibu bapa dan jika dilalaikan akan mengakibatkan dosa besar terhadap ibu bapa dan akan di azab oleh Allah di akhirat nanti.

Pada peringkat awal umur, anak-anak telah didik agar mentaati Allah SWT. Sungguhpun perintah solat tidak diwajibkan sebelum umur baligh, Rasulullah SAW telah mewasiatkan;

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat apabila berumur tujuh tahun, pukullah (jika tidak solat) apabila ia mencapai umur 10 tahun” [ Hadis Riwayat Muslim]

Dalam hadis di atas telah digariskan tahapan umur mendidik anak-anak agar mendirikan solat. Pada tahap umur 7 tahun hingga 10 tahun, anak-anak dididik mendirikan solat tanpa pukulan sebaliknya cukup dengan cara memotivasikan dengan kenikmatan syurga dan dengan cara ancaman dengan seksaan neraka.

Jika ada pihak berpendapat bahawa video klip tersebut terlalu ekstrem untuk digambarkan kepada anak-anak di bawah umur, ini bermakna ia wajar ditayangkan kepada pihak yang sudah berumur. Sudah tentu sajak-sajak dan video klip yang menginsafkan seperti ini amat sesuai untuk Menteri Pelajaran, dan harus diperbanyakkan lagi untuk tayangan beliau agar beliau sedara bahawa kurikulum pendidikan sekular yang beliau terapkan hari ini akan melayakkan beliau untuk mendapat seksa dan azab Allah. Insya Allah jika Menteri Pelajaran sudah insaf, maka kita akan dapat melihat perubahan sistem pendidikan kita kepada sistem pendidikan Islam yang akan melahirkan generasi yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunah sebagai panduan hidup, menggantikan falsafah dan dasar polisi pendidikan negara yang sekular yang ada sekarang.

Al-Quran dihina, pemerintah Muslim tetap bacul

Belanda sekadar beri amaran - Projek filem kritik al-Quran tidak akan dihentikan

AMSTERDAM 1 Mac – Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende memberi amaran kepada seorang Ahli Parlimennya supaya tidak menyebabkan kepentingan negara itu berdepan dengan berisiko berikutan
usahanya meneruskan projek filem yang mengkritik al-Quran.

Balkenende merayu kepada Geert Wilders semalam mengenai risiko yang bakal dihadapi tetapi tidak menuntut supaya filem yang berada pada peringkat akhir penyuntingan dihentikan edarannya.

"Kami perlu mengambil kira ancaman serius terhadap rakyat Belanda," kata Balkenende dalam temu ramah dengan sebuah stesen televisyen.

"Apa anda melihat reaksi di luar dan dalam negeri, apa risiko yang dibawa oleh filem ini, maka jawapannya perlu ditanya kepada Wilders sendiri," tegasnya.

Wilders mendakwa, filem pendek itu bertujuan memaparkan al-Quran sebagai "buku fasis".

Katanya, setakat ini tiada pihak yang mahu menyiarkan filem itu dan terdapat kemungkinan, ia disiarkan melalui Internet.

Dalam kenyataan susulan selepas amaran Balkenende, Wilders mendakwa Kabinet "tunduk kepada ketakutan terhadap pengganas dan ketakutan terhadap Islam" dan menolak desakan supaya projek filem itu dibatalkan.

Sumber: Utusan Malaysia 01/03/08

Ulasan


Sekali lagi Islam dihinakan. Jika sebelum ini, si kuffar laknatullah selalunya menghina Rasulullah, kini Al-Quran pula yang dihina oleh si kufar celaka ini. Sekali lagi juga, kita menyaksikan pemerintah kaum Muslimin yang begitu ramai hanya mengambil jalan selesa untuk berdiam diri. Jika ada pun ketidaksetujuan, ia hanya dinyatakan dalam bentuk kecaman lisan melalui siaran televisyen dan akhbar oleh pemimpin-pemimpin bacul ini. Tidak akan ada tentera yang dihantar, tidak akan ada seruan jihad dilaungkan dan tidak akan ada walau ‘satu ugutan’ untuk perang pun yang datang dari pemerintah-pemerintah yang pengecut ini. Yang ada hanyalah umat Islam yang biasanya keluar berdemonstrasi sebagai membantah dan mengutuk tindakan biadab sang kuffar laknatullah ini. Oleh pemimpin pengecut ini, umat Islam yang berdemonstrasi pula yang biasanya dipersalahkan dan dihambat dengan peluru dan gas pemedih mata dan pelbagai bentuk keganasan lagi.

Sebahagian umat Islam pula, walaupun bersungguh-sungguh membantah, namun setelah peristiwa ini berlalu, kemarahan mereka pun terus reda. Kemudian mereka kembali berpeluk tubuh dan melakukan tugas harian seperti biasa. Apabila diajak untuk istiqamah berjuang untuk mendirikan Daulah Islam bagi mengembalikan semula kemuliaan dan kekuatan Islam, mereka tetap membisu, malah ada yang menentang. Mereka bangkit hanya kerana ‘emosi’ yang membuak-buak yang bersifat sementara. Bila di ajak untuk istiqamah berjuang dengan Islam, maka rasa cinta dunia dan takut mati terus menyelubungi mereka.

Sesungguhnya golongan kuffar laknatullah ini tidak akan berani mencabuli kesucian Islam jika Negara Khilafah sudah wujud, sebagaimana ketakutan mereka dahulu kepada Daulah Khilafah. Lihat sahaja bagaimana pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah saw terhadap Yahudi Bani Qainuqa akibat dari penghinaan mereka terhadap seorang Muslimat, di mana Rasulullah terus mengisytiharkan jihad ke atas golongan kuffar tersebut. Begitu juga dengan peristiwa pembukaan kota Amuriyah oleh Khalifah Mu’tasim hanya kerana puak Rom menghina seorang Muslimah. Jika ‘pengajaran’ yang keras diberikan oleh Rasulullah hanya akibat menghina seorang wanita Islam, apatah lagi penghinaan yang dilakukan oleh puak celaka ini terhadap Kitab suci umat Islam, Al-Quran.

Namun, oleh sebab kaum kuffar ini tahu bahawa semua pemerintah dunia Islam yang ada adalah bacul dan hanya mementingkan diri sendiri atau negara sendiri sahaja, maka segala tindakan jahat mereka dapat diteruskan dengan mudah. Pemimpin kaum Muslimin hanya lebih berminat untuk berdialog mencari titik temu dengan agama kuffar, walaupun di saat darah-darah umat Islam ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya oleh golongan kuffar di depan mata mereka sendiri. Nampaknya adalah suatu kepastian bahawa kesucian Islam akan tetap dicabuli berulang-ulang kali sehinggalah umat Islam kembali mengambil sikap politik yang tepat dan benar iaitu dengan mendirikan institusi politik tertinggi Islam – Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.



BEBERAPA CATATAN TENTANG AJARAN SUFI

Nama dan ajaran Sufisme tidak pernah dikenal atau ada pada masa kehidupan Rasul Shallallaahu 'alaihi wa Salam, para shahabat dan Tabi'in. kemudian setelah itu muncul sekelompok orang zuhud yang mengenakan pakaian sangat sederhana yang disebut dengan shuf (kulit domba) dan dari situlah awal penamaan sufi. Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa sufi berasal dari kata sufiya yang dalam buku-buku falsafah Yunani diartikan dengan hikmah. Yang jelas munculnya nama baru ini ternyata membawa dampak bagi kaum muslimin, dimana akhirnya ajaran Sufi ini pecah menjadi sekian banyak aliran (tharikat) dan sufi yang berkembang sekarang ini lebih banyak kebid'ahan dan pemyimpangannya dibanding pendahulunya. Berikut ini penjelasan syaikh Muhammad bin Jamil Zainu tentang beberapa pokok ajaran sufi beserta tinjauannya dari pandangan Al Qur'an dan Sunnah.

1.Ajaran sufisme memiliki tharikat yang sangat banyak, masing-masing mengklaim bahwa tharikatnya yang paling benar. Padahal Al Qur'an melarang itu semua sebagaimana dalam firman Allah, artinya: "Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (QS. Ar Rum :31-32) Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam juga menjelaskan bahwa tariqah atau jalan yang lurus hanyalah satu, sebagaimana diriwayatkan dalam hadits Ibnu Mas'ud.

2.Ajaran sufisme membolehkan berdoa kepada selain Allah, baik itu nabi, para wali yang masih hidup maupun yang telah meninggal. Diantara mereka ketika beristighatsah ada yang mengucapkan: "Ya Syaikh Abdul Qadir Jailani, Ya Rifai atau ya Nabi kepada-mulah kami bersandar dan minta pertolongan". Ini menyalahi firman Allah yang artinya: "Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian itu) maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim". (QS. 10:106)

3.Ajaran sufisme meyakini adanya Abdal (wali badal), Aqthab (wali kutub) dan wali-wali lain yang diserahi oleh Allah mengatur segala urusan dan perkara di alam ini. Padahal orang-orang musyrik saja sebagaimana dikisahkan dalam Al Qur'an mengetahui bahwa yang mengatur semua urusan adalah Allah.

4.Sebagian penganut sufisme meyakini wihdatul wujud (alam adalah satu kesatuan sebagai wujud Rabb), ittihad atau hulul (bersatunya hamba dengan rabb) sehingga tidak ada beda antara khaliq dan makhluk. Ajaran ini disebarkan oleh Ibnu Arabi yang dalam penggalan syairnya ia berkata: "Hamba adalah Rabb dan Rabb adalah hamba". (Al Futuhat Al Makiyyah , Ibnu Arabi). Ajaran ini sangat keterlaluan karena orang yang musyrik atau sangat bodoh sekalipun akan bisa membedakan dirinya dengan Rabb (Tuhan).

5.Sebagian kaum sufi mengajarkan zuhud dalam kehidupan, namun dengan cara meninggalkan sebab-sebab atau usaha dan jihad (berjuang) padahal Allah telah berfirman, artinya: " Dan carilah pada apa yang telah dianu-gerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmat-an) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu." (QS. 28:77) "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi." (QS. 8:60)

6.Tingkatan ihsan dalam sufi adalah ketika mereka berdzikir (kepada Allah), mereka membayangkan syaikh mereka bahkan ketika shalat pun demikian, tidak jarang diantara mereka yang menghadap gambar syaikhnya ketika shalat. Ini bertentangan dengan makna hadits Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa Ihsan adalah beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihatNya.

7.Dalam tasawuf seseorang tidak boleh beribadah kepada Allah karena takut neraka dan karena mengharap surga. Padahal Allah memuji para Nabi yang berdoa kepadaNya karena mengharap surga dan karena takut akan SiksaNya. Firman Allah, artinya: "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan harap dan cemas."(QS. 21:90), yakni mengharap surga dan cemas akan siksa dan adzab Allah.

8.Ajaran Sufisme membolehkan mengeraskan suara dalam do'a atau zikir dan terkadang diiringi alat musik dan disertai tari-tarian sedang Allah telah berfirman, artinya: "Berdo'alah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (QS. 7:55)

9.Sebagian kaum sufi tidak malu- malu menyebut nama khamar, mabuk, wanita dan jatuhcinta dalam syair-syairnya dan terkadang itu dibaca dalam acara-acara yang diadakan di masjid, sambil diiringi tepuk tangan dan teriakan-teriakan. Dalam Al Qur'an dijelaskan bahwa bertepuk tangan merupakan adat orang-orang musyrik dalam ibadah mereka. Firman Allah, artinya: "Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu." (QS. 8:35)

10.Sebagian orang Sufi ada yang senang melakukan atraksi-atraksi tertentu, misalnya menusuk, memukul diri dengan besi lalu ia memanggil ya jaddah (wahai eyang) sehingga ia tidak sakit atau terluka. Sebagian orang jahil menyangka bahwa ini adalah karamah padahal tidak lain adalah istidraj (pemberian yang menjerumuskan).

11.Orang-orang Sufi meyakini metode kasyf untuk menyingkap perkara-perkara ghaib. Padahal tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah sebagaimana Firman Nya, yang artinya: "Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan." (QS. 27:65)

12.Orang Sufi berkeyakinan bahwa Nabi Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Salam diciptakan oleh Allah dari NurNya. Kemudian dari Nur Muhammad diciptakan alam ini. Sedang Al Qur'an menyebutkan bahwa Nabi Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Salam adalah manusia biasa yag diberi wahyu, dalam artian bahwa beliau anak turun Nabi Adam yang diciptakan dari tanah dan terlahir melalui seorang ibu. Firman Allah, artinya: "Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah Yang Esa". (QS. 18:110)

13.Kaum Sufi punya keyakinan bahwa dunia dan seisinya diciptakan karena Nabi Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Salam padahal Allah telah berfirman bahwa jin dan manusia diciptakan adalah untuk beribadah, yang artinya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku". (QS. 51:56)

14.Ajaran Sufisme juga meyakini bahwa seseorang bisa melihat Allah ketika di dunia. Sedang Al Qur'an menyangkal semua ini. Sebagaimana kisah Nabi Musa yang ingin melihat Allah, artinya: " Rabb berfirman: "Kamu sekali-kali tak sanggup untuk melihatKu, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap ditempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Rabbnya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. (QS. 7:143)

15.Diantara orang Sufi ada yang mengaku bisa bertemu Nabi Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Salam (setelah beliau meninggal) dalam keadaan terjaga atau sadar penuh. Ini adalah sesuatu kedustaan, karena Al Qur'an menjelaskan bahwa alam barzah itu terdinding sehingga tidak mungkin orang yang telah meninggal kembali lagi ke dunia, Firman Allah, artinya: "Dan di hadapan mereka(yang telah meninggal) ada dinding sampai hari mereka dibangkitan." (QS. 23:100)

16.Sebagian penganut tasawwuf ada yang mengaku bahwa ia mendapat ilmu langsung dari Allah tanpa melalui Rasul Shallallaahu 'alaihi wa Salam. Ibnu Arabi mengatakan: "Dan dikalangan kami ada yang mengambil ilmu langsung dari Allah, maka ia menjadi pengganti Allah (khali-fatullah)."

Ini adalah ucapan yang batil, karena Al Qur'an menjelaskan bahwa perintah dan larangan Allah disampikan melalui RasulNya, sebagaimana firman-Nya, yang artinya: "Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu." (QS. 5:67)

Kemudian seseorang tidak akan mungkin jadi pengganti Allah, karena Allah tidak akan bisa lupa atau terlengah dalam mengawasi makhlukNya, justru Allahlah yang menjadi pengganti dalam menjaga keluarga kita, ketika kita sedang safar (bepergian) oleh karena itu Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam mengajarkan do'a: "Ya Allah Engkaulah teman dalam safar dan pengganti dalam kelaurga." (HR. Muslim)

17.Kaum sufi merayakan maulid dengan berkumpul dan menamakannya Majlis Shalawat Nabi. Sebagian mereka beri'tiqad bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam datang dalam acara tersebut dan bisa menolong mereka.

18.Kebanyakan orang sufi bersusah payah menyiapkan bekal dan uang, sekedar untuk menziarahi kubur tertentu dan bertabaruk (mencari berkah) di sana, dan ada pula yang menyembelih binatang atau thawaf. Ini melanggar larangan Rasul Shallallaahu 'alaihi wa Salam, dalam sebuah sabdanya, yang artinya: "Tidak boleh bersusah payah menyiapkan bekal untuk berpergian kecuali ke tiga masjid : Masjidil Haram, Masjdku ini (Nabawi), dan Masjidil Aqsha." (Muttafaq 'Alaih). Yang dimaksud bepergian dalam hadits di atas adalah dalam rangka ibadah atau mendatangi tempat-tempat yang dianggap mulia.

19.Kaum Sufi sangat fanatik dengan perkataan syaiknya (gurunya), walaupun terkadang ucapan itu tidak sesuai dengan sabda Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam. Firman Allah, artinya: " Hai orang-orang yang beriman,

20.janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-

21.Nya dan bertaqwalah kepada Allah." (QS. 49:1)

22.Kaum sufi banyak menggunakan Thalasim (rajah), huruf-huruf, dan angka-angka dalam memilih (baca: meramal), juga ada yang menggunakan jimat dan pengasihan. Ini termasuk perbuatan Arraf (tukang ramal) yang berbuat kesyirikan.

23.Kaum sufi senang membikin-bikin shalawat yang isinya terkadang mengandung kemusyrikan dan jarang menggunakan shalawat yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Sumber: Ash-sufiyah fil Mizanil Kitab was Sunnah, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu (Dept. Ilmiah)

Khamis, 20 November 2008

Nasihat Untuk Semua

Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah, Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan kerahimannya saya dapat membuat blog nasihat ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan nasihat daripada apa yang telah berlaku diluar sana. Dengan gejala sosial yang berlaku menuntut kita untuk kembali kepada Allah S.W.T. Tetapi untuk mencapai apa yang kita inginkan iaitu keamanan,kesejahteraan dan kemakmuran kita perlu berani untuk melaksanakan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu amar maaruf nahi mungkar. Jadi marilah kita sama-sama untuk berani melaksanakan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah itu tadi. Itu saja dari saya dan saya mengharapkan teguran membina yang ikhlas daripada saudara sekalian yang mampu memberikan semangat kepada saya untuk sama-sama kita meningkatkan mutu blog ini insyaallah. Sekian Terima Kasih

Listen to Quran